HERO MALAYA
BADRUL HISHAM AKAN SAMA -SAMA BERKAYUH DI KASIH 6
DAN BAKAL MEMCERITAKAN PENGALAMAN BELIAU KEPADA SEMUA PESERTA
Pulang ke Malaysia hanya berbasikal?
Advantura Pulang ke Malaya. Sebuah buku yang boleh dianggap sebagai sebuah diari inspirasi merangkap travelog seorang mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal dari Malaysia, BadrulHisham atau Bro Hisham melakukan perjalanan balik dari UK ke Malaysia dengan hanya BERBASIKAL. Idea yang datang secara tiba-tiba akibat terpedaya dengan sebuah dokumentari di internet membuatkan impian gila beliau menjadi realiti akhirnya.
Pertama, saya baru mendapat tahu bahawa
basikal mempunyai pelbagai jenis mengikut tujuan penggunaan basikal
tersebut. Sebelum ini saya hanya tahu basikal BMX untuk aktiviti lasak
dan basikal racing. Sebenarnya, untuk melakukan kembara perjalanan jauh basikal yang paling sesuai adalah ‘Touring Bike’ kerana basikal jenis ini tahan lasak dan mampu digunapakai dalam kepelbagaian iklim dan suhu.
Kedua, kita selalu dibayangkan dengan
keindahan bumi Eropah. Iklimnya yang sejuk. Masyarakatnya yang boleh
dikatakan berintegriti. Fasiliti yang moden. Maka, pengalaman Bro Hisham
sepanjang kembara ini dapat menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan
pembaca tentang latar sosiobudaya masyarakat di negara-negara Eropah.
Bermula dari Paris, Albania, Greece, Austria, Croatia, Bosnia dan Turki.
Apa yang saya dapat renungi adalah bagaimana masyarakat di sana yang
tidak berbelah bahagi untuk menumpangkan Bro Hisham dan rakan beliau
untuk tinggal bermalam walaupun mereka baru bersua pertama kali. Jika di
Malaysia, rasa sangsi mesti ada untuk menumpangkan seseorang yang tidak
dikenali. Teringat saya kepada pesanan Rasulullah saw dalam memuliakan
tetamu.
No comments:
Post a Comment