Program “ Kayuhan Amal dan Sihat 6 ” merupakan program kayuhan berbasikal
berkonsepkan on roard dimana memberi galakan kepada peminat basikal menderma
kepada golongan yang memerlukan. Program ini pertama kali dianjurkan oleh Kolej Burhanuddin Helmi (UKM) hasil dari kesinambungan dari KASIH 1,2,3,4 dan 5.
KASIH 1 (3 DESEMBER 2011)
Kasih 1 diwujudkan adalah atas dasar sukarelawan berbasikal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Kasih 1 dianjurkan oleh para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC), UKM.
KASIH 2 (5 JANUARI 2013)
Kasih 2 dianjurkan oleh Pelajar Fakulti Pengajian Islam Berterusan Jarak Jauh (FPI PBJJ), UKM. Konsepnya tetap sama seperti Kasih 1 iaitu kayuhan sihat sambil beramal. Hasil dari wang kutipan Kasih 2 diserah kepada Rumah Yatim al-Kausar Fasa4, Bangi.
Barisan Urusetia Kasih 2 bergambar sebagai kenang-kenangan
KASIH 3 (7-13 SEPTEMBER 2014)
Kayuhan Amal dan Muhibbah (Kasih 3) Malaysia-Melbourne oleh Kelab Basikal UKM. Seramai dua warga kerja UKM dan lima penuntut UKM yang terdiri dari Kelab Berbasikal UKM dan Kelab Ekorelawan melibatkan diri dalam Kasih 3 di sekitar bandar Melbourne, Australia.Tujuan utama program adalah membuat kajian terhadap konsep dan kaedah pengurusan berbasikal di Melbourne sebagai persediaan memupuk warga UKM untuk lebih prihatin terhadap isu kelestarian alam sekitar dengan mewujudkan Eco Health Track dan juga melaksanakan kutipan amal untuk didermakan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) yang memperjuangkan isu pembangunan alam sekitar.
Barisan ahli Kasih 3 berjaya dengan misi mereka di luar negara
KASIH 4 (1 MAC 2014)
Kasih 4 diadakan oleh Kolej Ibu Zain, UKM yang bermula di Kolej Ibu Zain ke Perbadanan Putrajaya dan berbatah balik ke Kolej Ibu Zain yang memakan jarak sebanyak 45 km. Tujuan pelaksaan adalah mengumpul dana untuk Rumah Anak Yatim di Bangi.
Barisan AJK Kasih 4
KASIH 5 (2 NOVEMBER 2014)
Pihak Urusetia Kasih 5 mengedarkan Flyers kepada riders sekitar Putrajaya
KASIH 6...
www.kasih6.blogspot.com
No comments:
Post a Comment