Sunday, 1 May 2016

kembara ke 'hati' Pulau Che Soh

“Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang yang dililit hutang, Allah akan memudahkan atasnya di dunia dan akhirat ” (HR. Muslim no. 2699).


sudah dua hari berlalu tetapi wajah mereka masih terbayang-bayang. Hanya tiga hari dua malam  (28-30/4/2016) di Pulau Che Soh, tetapi cukup banyak pengajaran dan pengalaman yang dipelajari. Sedikit sebanyak dapat membuka mata kami yang disuap dengan kesenangan hidup untuk terus prihatin dan peka dengan keadaan sekeililing. Kemewahan yang dipinjam Dia tidak lain dan tidak bukan selain bertujuan untuk kita semua berkongsi dengan yang lebih memerlukan.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya kami ( Ahli Jawantankuasa Kasih 6 dan Khidmat Komuniti Kolej Burhanuddin Helmi) diberi kesempatan waktu untuk menyampaikan dana kutipan hasil daripada program Kayuhan Amal dan Sihat (Kasih 6) pada 29 April 2016.
Jutaan terima kasih kepada Prof. Dato' Noor Aziah binti Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor HYal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk merasmikan dan memeriahkan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kedatangan Prof. Madya Datuk Dr. Rokiah Omar, Pengarah Pusat Transformasi dan Komuniti (UCTC) UKM, Dr. Rahimi bin Yusop, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, UKM, wakil daripada Islamic Relief Malaysia, dan turut serta ketua-ketua HEJIM, UKM.

dengan niat untuk membalas jasa Allahyarham Mohd. Azrul Nizam bin Kamarulzaman yang merupakan bekas pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang juga merupakan bekas penghuni Kolej Burhanuddin Helmi, kami juga datang untuk turut membantu penduduk kampung dan sekitarnya.

























kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kami. Melihat senyuman mereka adalah harapan kami. 
Semoga usaha ini diberkati Allah dan semoga program ini dapat dijalankan secara berterusan.:)

















No comments:

Post a Comment