Friday 27 November 2015

LAWATAN KE CARBOOTSALE DI MASJID UKM

 23 November 2015, kami telah melawat carbootsale di masjid UKM.





MESYUARAT PROGRAM KAYUHAN AMAL

 Di bilik mesyuarat KBH, 18 november telah diadakan satu mesyurat bersama pengetua kolej, penasihat program , felo pemantau dan jawatan kuasa tertinggi.


Tim.Ketua Pengarah sedang membentangkan maklumat prgram.





Thursday 26 November 2015

MASIH DENGAN CERITA LAWATAN KAMI

Kedai runcit untuk  memudahkan urusan membeli keperluan dapur. 






Suasana perkampungan disana yang serba sederhana.


Majoriti masyarat disana adalah nelayan. pukul 4 pagi sudah turun kelaut untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Disamping itu, mereka berkerja samping dengan memungut kelapa untuk di jual dengan harga RM1.20 sebiji.


LAWATAN KE PULAU CHE SOH

   Lawatan ke Negeri Che Siti Wan Kembang untuk melihat tapak yang bakal kami bantu iaitu di Pulau Che Soh, Tumpat, Kelnatan. Jauh dipendalaman sungai sanggup kami terjah untuk mengumpul sedikit sebanyak maklumat. Tahukah anda hendak ke sana bukannya naik kenderaan beroda malah tiada roda langsung yang sinonimnya sampan atau 'boat'.
    Antara tujuan kami ialah ingin mendapat persetujuan dari Tok Penghulu untuk membuat program di sana nanti. Mereka disana kekurangan peruntukkan untuk pembaik pulih prasarana disana keran banyak dari peruntukan digunakan untuk membuat jalan raya.
   Penduduk disana terbahagi kepada 13 buah kampung dan terdiri kurang lebih 3000 orang. fokus kami di Kampung Pulau Che Soh yang terdiri daripada 8 buah keluarga dan diantara mereka kebanyakan mepunyai pertalian darah seperti pak cik, mak cik, mak saudara dan sebagainya.


Bertandang ke rumah Tok Penghulu, Tuan Haji Ibrahim bin Hussain di Kg Pantai Haji Nik Mat      (15 minit dari Kg Pulau Che Soh).









 Diantara persiapan kenduri tahlil arwah. Penduduk dari kampung lain turut datang membantu.








Abang Zakir (abang arwah) datang menjemput kami di jeti Sungai Tumpat untuk kerumahnya.
Perjalanan kesana memakan masa antara 10-15 minit.
Berjalan kami di atas denai untuk ke rumah mereka.

Kami melawat kilang membuat 'boat' keluarga.
Kerja membuat 'boat' hanya dibuat jika terdapat pemintaan sahaja. Satu 'boat' untuk disiapkan
memakan masa selama 4 hari tanpa bantuan alat mesin. Hanya kepakaran yang digunakan.
Pemandangan sekitar kilang membuat 'boat'.

MESYUARAT KESELAMATAN BERSAMA WISMA AMAN, UKM


  Mesyuarat bersama Wisma Aman, UKM pada 6 November 2015 yang lalu sebagai langkah permulaan perjalanan Program Kasih 6. Objektif mesyuarat ialah membentang mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika program dijalankan.


  Ahli yang terlibat dalam minit mesyuarat ialah barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi dengan kerjasama penasihat program En.Bisharuzi bin Omar dan bersama badan keselamatan UKM, Wisma Aman.

  Butiran minit mesyuarat:

Tarikh: 6 November 2015
Masa: 10 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Wisma Aman


Dari kiri Abdul Halim bin Ahmad Zaki (Tim. Ketua Pengarah II), wakil Wisma Aman, Amirah binti Ismail (Ketua Pengarah), Nur Alia Shahida binti Nik Hasbullah (Tim. Ketua Pengarah III) dan En.Bisharuzi bin Omar (Penasihat Program).

Ketika mesyuarat berlangsung...

MALAM BERSAMA KELUARGA YANG INGIN DI BANTU

    Pada hari Sabtu, 31 Oktober 2015 majlis makan malam bersama pengetua Kolej Burhanuddin Helmi dan keluarga Allahyarham Muhammad Azrul Nizam di Dewan Aktiviti Pelajar.







 

PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA PENASIHAT PROGRAM

    Perjumpaan pertama semua ajk bersama Encik Bisha selaku penasihat progam dari Kasih 1 hingga Kasih 6 yang bakal berlangsung pada 5 Mac 2016.
   
Tarikh: 21 Oktober 2015
Tempat : Dewan Aktiviti Pelajar, KBH

Antara agenda utama  perjumpaan ialah untuk memperkenalkan kasih-kasih yang sebelumnya dengan lebih terperinci dan mendalam dan bagaimana mereka berjaya melaksanakan program kasih .









Thursday 19 November 2015

Perjumpaan Kali Pertama


   13 Oktober 2015 Perjumpaan kali pertama diadakan bagi memperkenalkan dan menerangkan Kasih 6 kepada urusetia yang bakal menjalakan dan melaksanakan program ini dengan jayanya nanti. 

    Antara  agenda utama perjumpaan ialah memperkenalkan Kasih 6 itu sendiri disamping memperkenalkan para barisan Majlis Tertinggi Program. Selain itu, pembahagian jawatan dan skop tugas mengikut post yang telah ditetapkan. Perjumpaan ini bertempat di Bilik Seminar 2, KBH pada jam 8.30 malam. 

Wednesday 18 November 2015

Kisah Mereka dan Kehidupan Mereka

   Al fatihah buat Muhammad Azrul Nizam, pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian yang juga merupakan penuntut Kolej Burhanuddin Helmi. Belum sempat beliau memegang ijazahnya yang dijangka bakal Konvo November yang lalu. Tetapi janji Allah itu pasti, hidup ini bermula tanpa apa apa dan pulang juga tanpa apa apa. Sehebat mana manusia itu ajal tetap menanti.

              Ijazah Sarjana Muda Sain Sosial milik Allahyarham Azrul Nizam

                      Ayah dan ibunya hanya mampu menatap ijazah milik anak mereka.


  Oleh hal yang berkaitan, tujuan terlaksananya Program Kasih 6 adalah untuk mengumpul dana bagi menyumbangkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Azrul Nizam dan kelurga yang terpilih disekitarnya.

   Kisah beliau.
Beliau yang merupakan anak harapan keluarga yang telah pergi menemui Illahi pada usia yang masih muda. Seorang yang ceria dengan jenakanya. Kehilangan beliau umpama sinar harapan keluarganya menjadi pudar. Allahyarham Muhammad Azrul Nizam yang berasal dari keluarga sederhana susah dan merupakan satu-satunya anak orang tuanya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Kampung beliau yang terletak di jauh pendalaman Pulau iaitu Kampung Pulau Che Soh, Tumpat, Kelantan. Untuk sampai ke kediaman beliau ia memakan masa 10-15 minit yang hanya dengan menaiki bot. Tiada kemudahan jambatan apatah lagi jalan raya untuk sampai kesana. Rata-rata masyarakat di sana menggunakan bot sebagai kenderaan harian mereka. Mereka merentasi sungai bukannya jalan raya.

Pengangkutan seharian masyarakat disana.

 Urusetia turun kampung untuk melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat disana.





   Hasil daripada pemantauan kami, kehidupan mereka disana sangatlah hanya sekadar mencukupi.

Apa itu Kasih 6 ?

Kasih 6 ialah sebuah program yang dianjurkan Kolej Burhanuddin Helmi.(KBH)


  Penganjuran Program Kayuhan Amal dan Sihat kali ke 6 merupakan kesinambungan dari Progam Kasih sebelumnya. Pada asasnya tujuan Kasih dilaksanakan ialah berkonsepkan "Berbasikal Sambil Beramal" yang mana ianya melambangkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat disamping mengamalkan sikap memberi kepada golongan yang memerlukan.

   Pengajuran Program Kayuhan Amal dan Sihat pada tahun 2016 ini diadakan dengan harapan dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada salah sebuah keluarga pelajar UKM di Pulau Che Soh, Tumpat, Kelantan yang telah dilanda musibah seperti banjir, kematian dan tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan kerana memperolehi pendapatan sekitar RM1000 ke bawah. Umumnya, Kampung Pulau Che Soh hanya terdapat 8 buah keluarga sahaja. Majoriti diantara mereka hanya berkerja sebagai nelayan demi mencari sesuap nasi dan kehidupan mereka serba kekurangan dari segi infrastruktur rumah yang sangat daif dan keperluan asas yang tidak mencukupi. Malah keadaan makin memburuk lagi jika musim tengkujuh melanda yang kebiasaannya kampung itu ditenggelami air 'bah'. Justeru, dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga yang terpilih meliputi aspek kemudahan asas, infrastruktur kediaman dan kelengkapan persekolahan anak mereka.

  Satu perkampungan atau lawatan ke rumah keluarga terpilih akan diadakan bagi mengenal pasti dan mengumpul data mengenai masalah yang dihadapi mereka.






Kasih 6

KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 6)


TARIKH:
5 MAC 2016


TEMPAT:
PANGGUNG SENI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KE
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA


ANJURAN:
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ BURHANUDDIN HELMI (KBH)



TEMA:
"KAYUHAN SIHAT, BELIA BERAMAL"