Friday 25 March 2016

Perkongsian Ilmu bersama Pihak iM4U

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada 25/3/2016, pengarah bersama beberapa ahli jawatankuasa program Khidmat Masyarakat dan Komuniti telah berjumpa dengan wakil iM4U iaitu Encik Nizam, manager outreach iM4U untuk perkongsian ilmu mengenai konsep "volunterism". Alhamdulillah , pihak iM4U akan memberi sokongan bagi program komuniti pada April ini.




Pihak kami amat berharap semoga program ini berjalan dengan lancar.

Persiapan Khidmat Masyarakat dan Komuniti


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pihak urusetia kami tidak pernah lupa untuk terus berusaha dalam menjayakan program ini bagi membantu penduduk Pulau Che Soh.

Selain daripada berjumpa dengan Encik Nasir, pegawai bertugas Islamic Relief, pengarah bersama timbalan ketua pengarah program juga telah membuat tinjauan ke Kampung Pulau Che Soh untuk memantau kawasan bagi pembinaan jeti, court badminton dan bot untuk pengangkutan.






Selain itu, pihak urusetia kami juga telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Kampung Pulau Che Soh.




In shaa Allah , pihak kami akan terus berusaha melakukan penambahbaikan bagi menjayakan program ini dengan jayanya.

Thursday 17 March 2016

Program Khidmat Masyarakat dan Komuniti



Rentetan daripada Kasih 6,

Program Khidmat Masyarakat dan Komuniti bersama penduduk Kampung Pulau Che Soh akan diadakan pada 28-30 April 2016.

Pihak kami sedang membuat persiapan untuk menyampaikan dana yang terkumpul hasil daripada sumbangan  anda melalui Kasih 6.

Antara langkah persiapannya adalah , pengarah bersama timbalan ketua pengarah program khidmat komuniti di Kampung Pulau Che Soh
telah mengadakan perbincangan bersama Encik Nasir, pegawai bertugas Islamic Relief yang akan turut sama menyertai program ini.









Sebagai urusetia program ini, kami akan berusaha dengan sebaiknya untuk membantu penduduk Kampung Pulau Che Soh dan berharap bahawa sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Semoga Program komuniti ini berjalan dengan lancar dan diberkati.


Saturday 12 March 2016

Penyerahan mock check kepada penduduk Pulau Che Soh oleh Megatech

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Megatech kerana memberi sumbangan kepada penduduk Pulau Che Soh, Tumpat, Kelantan,






Wednesday 9 March 2016

Peserta yang belum mengambil goodies




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada riders yang tidak dapat hadir sewaktu hari kejadian , anda diminta untuk mengambil barang goodies anda di Foyer Kolej Burhanuddin Helmi,UKM.

Senarai boleh didapati disini

Anda boleh hubungi urusetia kami , bagi pengambilan goodies

IMAN : 010-795 7179
SYUHADAH : 013-593 8646
IZZATI : 014-241 1419


Goodies hanya mengandungi baju, sijil dan medal.
Tempoh pengambilan goodies hanya diberi masa sehingga hari Sabtu (12/3/2016)



Tuesday 8 March 2016

JUTAAN TERIMA KASIH



Disini, kami pihak penganjur Kasih 6 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan penaja - penaja yang membantu menjayakan dan memeriahkan Kayuhan Amal dan Sihat 6 ini.

Ikuti perjalanan kami seterusnya untuk membantu dan menyampaikan dana kepada penduduk Kampung Pulau Che Soh, Tumpat , Kelantan.








Lawatan ke rumah Taman Impian Putra




Wakil pihak penganjur dan penasihat kasih 6 membuat lawatan dan kunjungan kepada en zainal 
daripada taman impian putra yang mengalami kemalangan kecil sewaktu berkayuh pada Sabtu lepas. 

Kami mendoakan agar beliau lekas sembuh.










Thursday 3 March 2016

Tutorial kepada Penyewa Basikal




Perhatian kepada peserta kayuhan yang menyewa basikal bagi program KASIH6, akan diadakan satu tutorial berkaitan cara-cara menggunakan basikal seperti berikut.

TEMPAT : dataran panggung seni,ukm

MASA : 9.00 malam - 10.00 malam




Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk hadir bagi memudahkan urusan pihak tuan/puan dan pihak kami.

Pengambilan Goodies







Berkenaan pengambilan Goodies bag, pihak kami akan edarkan pada ;

JUMAAT (4/3) :: 3ptg - 9mlm

SABTU (5/3) :: 6pg - 7.30pg



Bertempat di DATARAN PANGGUNG SENI UKM.

-SILA BAWA RESIT BERSAMA


- Goodies bag ini mengandungi baju, sijil dan No plat.
- Peserta yang mendaftar 100 terawal akan peroleh minuman oldtown white coffee bersama goodies    bag. 




Diharap semua rider maklum berkenaan hal ini.

Wednesday 2 March 2016

Persiapan Saat-saat akhir



Hanya 2 hari lagi sebelum bermulanya program Kasih 6 , 5 Mac 2016 !

Ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus menyiapkan segala kelengkapan agar program berjalan dengan lancar.



Pada petang indah nan damai, ahli kami telah berkonvoi sekitar UKM untuk mempromosikan program Kasih 6.













jangan lupa Sabtu ini!