Friday 25 March 2016

Persiapan Khidmat Masyarakat dan Komuniti


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pihak urusetia kami tidak pernah lupa untuk terus berusaha dalam menjayakan program ini bagi membantu penduduk Pulau Che Soh.

Selain daripada berjumpa dengan Encik Nasir, pegawai bertugas Islamic Relief, pengarah bersama timbalan ketua pengarah program juga telah membuat tinjauan ke Kampung Pulau Che Soh untuk memantau kawasan bagi pembinaan jeti, court badminton dan bot untuk pengangkutan.






Selain itu, pihak urusetia kami juga telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Kampung Pulau Che Soh.




In shaa Allah , pihak kami akan terus berusaha melakukan penambahbaikan bagi menjayakan program ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment