Thursday 17 March 2016

Program Khidmat Masyarakat dan Komuniti



Rentetan daripada Kasih 6,

Program Khidmat Masyarakat dan Komuniti bersama penduduk Kampung Pulau Che Soh akan diadakan pada 28-30 April 2016.

Pihak kami sedang membuat persiapan untuk menyampaikan dana yang terkumpul hasil daripada sumbangan  anda melalui Kasih 6.

Antara langkah persiapannya adalah , pengarah bersama timbalan ketua pengarah program khidmat komuniti di Kampung Pulau Che Soh
telah mengadakan perbincangan bersama Encik Nasir, pegawai bertugas Islamic Relief yang akan turut sama menyertai program ini.









Sebagai urusetia program ini, kami akan berusaha dengan sebaiknya untuk membantu penduduk Kampung Pulau Che Soh dan berharap bahawa sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Semoga Program komuniti ini berjalan dengan lancar dan diberkati.


No comments:

Post a Comment