Monday 25 January 2016

Medal dan TSHIRT KASIH 6 (MANTAP)


MEDAL & TSHIRT (DRY FIT) KASIH 6

Ini adalah design medal dan tshirt peserta bagi 
program Kasih 6

CEPAT MENDAFTAR SLOT HANYA TINGGAL 136 ORANG SAHAJA

LIMITED EDITION 



Saturday 23 January 2016

PERHATIAN.....................................TARIKH TUTUP PENYERTAAN 5 FEB 2016 (JUMAAT)



PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG

TINGGAL 14 HARI LAGI SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN
5 FEB 2016 12.00 TGH

PASTIKAN ANDA MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN DENGAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK MEMUDAHKAN PIHAK PENGANJUR MEMBAYAR DEPOSIT TSHIRT DAN MEDAL KEPADA PEMBEKAL DAN MEMASTIKAN IA SAMPAI SEMASA PROGRAM.

CERGAS...............................................CERGAS.
CERGAS................................................CERGAS 
CERGAS................................................CERGAS 

Thursday 21 January 2016

SUMBANGAN IKHLAS



Penganjuran Program Kayuhan Amal dan Sihat kali ke 6 merupakan kesinambungan dari Progam Kasih sebelumnya. Pada asasnya tujuan Kasih dilaksanakan ialah berkonsepkan "Berbasikal Sambil Beramal" yang mana ianya melambangkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat disamping mengamalkan sikap memberi kepada golongan yang memerlukan.

   Pengajuran Program Kayuhan Amal dan Sihat pada tahun 2016 ini diadakan dengan harapan dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada salah sebuah keluarga pelajar UKM di Pulau Che Soh, Tumpat, Kelantan yang telah dilanda musibah seperti banjir, kematian dan tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan kerana memperolehi pendapatan sekitar RM1000 ke bawah. Umumnya, Kampung Pulau Che Soh hanya terdapat 8 buah keluarga sahaja. Majoriti diantara mereka hanya berkerja sebagai nelayan demi mencari sesuap nasi dan kehidupan mereka serba kekurangan dari segi infrastruktur rumah yang sangat daif dan keperluan asas yang tidak mencukupi. Malah keadaan makin memburuk lagi jika musim tengkujuh melanda yang kebiasaannya kampung itu ditenggelami air 'bah'. Justeru, dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga yang terpilih meliputi aspek kemudahan asas, infrastruktur kediaman dan kelengkapan persekolahan anak mereka.

Jika ada individu yang ingin menyumbang kepada tabung sumbangan kami adalah sangat sangat dihargai. 
Nombor akaun bagi sumbangan iklhlas ini boleh dirujuk di poster di atas dengan reference SUMBANGAN IKHLAS KASIH 6 jika membuat pindahan wang.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan/puan.



Tuesday 19 January 2016

Video Teaser


Video ini dihasilkan untuk mempromosikan program Kayuhan Amal dan Sihat (Kasih 6).







anda juga boleh lihat video ini di youtube

Sunday 17 January 2016

Test Run dari UKM ke Putrajaya


Pada 17 Jan 2016, 'test run' telah diadakan.

Bersama-sama pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Dr Muhd Rahimi Yusop, Penasihat program kasih 6, En Bisharuzi Omar, Felo penasihat, Nurhaniza Nordin, Ketua Pengarah program, Timbalan-timbalan pengarah ketua program, dan ajk Kasih 6, kami telah mengayuh dengan jayanya dari  UKM ke Putrajaya.

'test run' ini diadakan bagi membolehkan pos keselamatan 'menanda' selekoh dan simpang-simpang yang berbahaya dan juga kawasan hotspot kemalangan jalan raya.




ajk-ajk bersiap sedia di hadapan panggung seni


"siap siap semua anak-anak"








kayuh lagi,kayuh lagi

Saturday 16 January 2016

KUTIPAN DANA





Untuk mendapatkan dana tambahan bagi program yang bakal dijalankan bulan Mac ini,
kami telah menjalankan projek 'Home Cleaning' dan 'Street Marketing'.






Dengan cara ini, semoga kita dapat menjalankan program Kasih 6 ini dengan jayanya.

BORANG KASIH 6 BOLEH DIDAPATKAN DISINI




Selain dari penyertaan secara online, pihak kami juga ada menyediakan pendaftaran secara manual.

Anda boleh dapatkan borang borang ini di:


Kedai basikal syarikat wing fatt,







Kedai basikal united angel sdn bhd,






Jen wall enterprise,



Go! Cyberjaya Cycling & Hobby Store,






Cyclomotion,







 Kedai Basikal SMC,



Rodalink Modern Bicycle Outlet,





Jangan lupa temujanji kita pada 5 Mac 2016!!!











Friday 15 January 2016

Mesyuarat Gerak Kerja Kasih 6

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang gerak kerja yang sudah dijalankan . Selain itu , membincangkan tentang hal - hal yang berbangkit serta menyelesaikan permasalahan yang ada












Talk bersama Tune Talk ( Tone Excel )



Sedikit informasi mengenai produk daripada syarikat penaja iaitu Tone Excel di Kolej Burhanuddin Helmi pada jam 9 malam 15 Januari 2016 .



















Video lawatan ke Kampung Pulau Che soh, Tumpat, Kelantan







Wednesday 13 January 2016

BORANG PENYERTAAN KASIH 6 BOLEH DIDAPATI SINI



UNTUK MAKLUMAN KEPADA YANG SIBUK DAN TIDAK ADA MASUK MASUK KE UKM DAN SUKA CARA LAMA (MANUAL FORM)

BORANG PENYERTAAN BOLEH DI DAPATI DI
1. KEDAI GUNTUNG RAMBUT DEAWIE  
    DEKAT DENGAN PASAR AWAM BANGI
    DEKAT DENGAN MASJID YANG SEDANG DIBINA

BOLEH BERJUMPA DENGAN ABANG MAT JU
PENYOKONG KUAT
PAMOGA QU PUTEH TRW


KERJASAMA ANTARA KASIH 6 & TONE EXCEL (CAWAGAN SEMENYIH)


PENAJA KASIH 6 : PEJABAT URUSAN TONE EXCEL CAWANGAN SEMENYIH





Pertemuan dan Perbincangan Antara Penganjur KASIH 6 dengan Pengurus Tone Excel Cawangan Semenyih untuk Kerjasama Pintar untuk penganjuran Kayuhan Amal dan Sihat - KASIH, UKM.
Maklumat lanjut anda layari www.kasih6.blogspot.com





Borang Pendaftaran KASIH 6 boleh didapati di Pejabat Urusan Tone Excel Cawangan Semenyih atau hubungi Sazali TE di talian 010-7971850. 
Cari : 
Lokasi depan padang Bolasepak Awam Semenyih
Masjid Pekan Semenyih