Tuesday 1 December 2015

PERKAMPUNGAN KASIH 6 1.0


Perkampungan Kasih 6 1.0 telah diadakan pada hujung minggu yang lalu 28 dan 29 Disember.
Perkampungan telah berlangsung selama 12 jam sehari, bermula dari jam 10 pagi sehingga kira-kira jam 10.30 malam di Dewan Seminar KBH.
Objektif yang utama yang kami dapat dari perkampungkan itu adalah mengeratkan jurang antara pelajar tahun 2 dan pelajar tahun 1 yang kumpulan majoriti yang mengendalikan program ini. 
Antara agenda perkampungan ialah ice breaking, penerangan semula program, penerangan bidang tugas setiap post oleh ketua pengarah, perbincangan gerak kerja post dan membuat timeline yang melibatkan semua post berkerja, lawatan kawasan ke Panggung Seni dan Putrajaya oleh post keselamatan, teknikal dan tempat, publisiti dan tugas-tugas khas, penerangan stategi merketing oleh post pemasaran dan akhir sekali pembentangan gerak kerja post yang dibentang oleh setiap ketua post atau MT. 
Sesi Ice Breaking
Wakil setiap post sedang membuat perbincangan bersama ketua pengarah
Post program membuat perbincangan diantara kumpulan mereka
Post TTK melawat kawasan di Panggung Seni



No comments:

Post a Comment