Tuesday 23 February 2016

Meeting Jawatankuasa Kasih 6



23/2/2016 ,

Telah diadakan perjumpaan di antara jawatankuasa kasih 6.
Perjumpaan ini diadakan bagi mengemaskini gerak kerja setiap pos.











Berdasarkan Surah Al-Maidah , ayat 2 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu. dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.


Allah menyuruh hamba-hambaNya mengamalkan ibadat dan salah satunya adalah dengan cara mengamalkan amal kebajikan . 


Selari dengan itu , Program Kasih 6 ini diadakan dengan harapan dapat membantu penduduk kampung Pulau Che Soh , Tumpat . Kelantan yang telah dilanda musibah seperti banjir, kematian dan tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan kerana memperolehi pendapatan sekitar RM1000 ke bawah. 
Umumnya , Kampung Pulau Che Soh hanya terdapat 8 buah keluarga sahaja.
Majoriti diantara mereka hanya bekerja sebagai nelayan demi mencari sesuap nasi dan kehidupan mereka yang serba kekurangan dari segi infrastruktur rumah yang sangat daif dan keperluan asas yang tidak mencukupi. Malah keadaan makin memburuk lagi jika musim tengkujuh melanda yang kebiasaanya kampung itu ditenggelami air bah. Justeru , dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga yang terpilih meliputi aspek kemudahan asas, infrastruktur kediaman dan kelengkapan persekolahan anak mereka.




KAYUHAN SIHAT , BELIA BERAMAL


No comments:

Post a Comment